Wakaf Perigi Kemboja

Bantu Bekalkan Air Bersih

Perigi sale page (1)“Sedekah yang paling utama adalah memberi air”

Hadis Riwayat Ahmad

Kenapa Wakaf Perigi?

Kemboja merupakan salah satu negara yang menghadapi masalah akses kepada air bersih. Ramai yang terpaksa menggunakan air yang tercemar, yang boleh mendatangkan penyakit.

Dengan sumbangan wakaf perigi, anda bukan sahaja membantu menyediakan sumber air bersih kepada mereka yang memerlukan, tetapi juga memperoleh pahala yang berterusan sebagai amalan jariah.

Bagaimana Sumbangan Anda Membantu

  • Setiap perigi yang dibina boleh memberi manfaat kepada ramai orang.
  • Mengurangkan risiko penyakit yang berpunca dari air tercemar.
  • Membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk setempat.
  • Sumbangan anda sebagai wakaf jariah, pahala akan terus mengalir walaupun selepas anda tiada.
Wakaf Sekarang


Dimanakan perigi wakaf anda akan dibina ?

Perigi di bina di beberapa buah daerah seperti Kampung Fauziah, Kampung Trapian Thmo, Kampung Potien, Kampung Baru, Trapiang Chok & Wilayah Tboung Khmun, Kemboja.

Elsuffah menjadi wakil menyampaikan sumbangan pembinaan perigi di sana.

Copy of Perigi sale page (11)Perigi sale page (31)

Proses Pembinaan Perigi
1) Kenal Pasti Lokasi
Penempatan penduduk yang perlukan bekalan air bersih.
2) Kenal Pasti Lokasi Air
Membuat lubang untuk mencari punca air bawah tanah.
3) Pasang Paip Utama dan Tembok Perigi
Pemasangan paip utama dan tembok untuk perigi.
4) Serahkan Perigi Air
Perigi diserahkan untuk kegunaan setempat.

Testimoni

"Saya sangat bersyukur kerana dapat turut serta dalam usaha wakaf ini. Melihat impak besar kepada komuniti di Kemboja benar-benar menyentuh hati saya."

Ahmad

"Setiap kali melihat gambar mereka yang menerima manfaat daripada wakaf perigi ini, saya tahu sumbangan kecil saya amat bermakna."

Aisyah

Perigi sale page (27)

Soalan Lazim

Apakah kos untuk mewakafkan satu perigi?

Kos purata untuk membina satu perigi adalah RM1,700 hingga Rm 1900. Walau bagaimanapun, anda boleh menyumbang mengikut bahagian yang anda ingin niatkan sebagai pewakaf, dan setiap bahagian hanya RM 170 sahaja.

Setiap sebuah perigi boleh mempunyai sehingga 10 penama wakaf.

Bagaimana saya boleh tahu perigi saya telah siap?

Kami akan menghantar laporan bergambar dan video setelah perigi yang anda wakafkan siap dibina dan digunakan oleh penduduk tempatan.

Wakaf Sekarang

Related products